Putra Plantations Forum Series 7 | INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
» ACTIVITIES »

Event Title
Putra Plantations Forum Series 7
Date
17 Jul 2017 - 17 Jul 2017
Time
08.00 - 01.00
Location
Agriculture Hall, Faculty of Agriculture UPM
Event Summary
Forum yang bertajuk “Push to Adopt MSPO Sustainability Standards in Malaysia” telah diadakan pada 17 Ogos, 2017 di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Forum ini adalah anjuran bersama Institut Kajian Perladangan (IKP) dan Fakulti Pertanian, UPM dengan kerjasama Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC). Seramai lebih daripada 100 peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan juga dari industri kelapa sawit termasuk RISDA, Felda Global Ventures, Kulim Berhad, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Persatuan Minyak Sawit Malaysia dan Jabatan Piawaian telah hadir untuk menjayakan majlis ini. Ianya juga telah menarik minat kalangan ahli akademik dan pelajar dari universiti tempatan. Forum ini bermula dengan ucapan aluan daripada Pengarah IKP dan disusuli dengan ucapan perasmian oleh YBhg. Prof. Dr.-Ing. Ir. Renuganth Varatharajoo, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM. Kemudian, penceramah, Dr. Sanath Kumaran telah berkongsi pandangan tentang pensijilan MSPO selama kira-kira sejam. Dr Sanath menekankan pentingnya menangani isu-isu kemampanan terutamanya mengenai isu penebangan hutan dan pelepasan karbon untuk memastikan kejayaan dalam perdagangan terutama yang melibatkan pasaran dunia. Walaupun “Roundtable Sustainable Palm Oil (RSPO)” telah wujud sejak sekian lama, Malaysia telah berjaya membangunkan Standard Malaysia (MSPO) untuk pelaksanaan. Perkembangan ini penting bagi industri kelapa sawit Malaysia untuk kekal berdaya saing dan relevan untuk masa hadapan dalam pasaran minyak makan dunia. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak rintangan yang perlu diatasi untuk memastikan penggunaan MSPO. Oleh itu, penglibatan di kalangan pelbagai pihak yang berkepentingan adalah penting kerana pelaksanaannya memerlukan penyebaran maklumat yang betul tentang kriteria MSPO, cara-cara untuk mengamalkan amalan mampan yang betul untuk mendapatkan pensijilan dan faedah jangka panjang MSPO. Selain itu, kejayaan pelaksanaan memerlukan pertimbangan teliti terhadap kebimbangan pelbagai sektor yang terlibat. Beliau juga membangkitkan keperluan penglibatan ahli akademik untuk mengkaji impak MSPO kepada kehidupan petani, persekitaran dan perdagangan antarabangsa. Semasa perbincangan panel yang dimoderatorkan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Mad Nasir Shamsudin, pelbagai soalan telah dibangkitkan oleh para peserta dan jawapan yang diberikan oleh Dr Sanath telah membantu menjelaskan beberapa isu yang berkaitan dengan kriteria dan penggunaan MSPO. Beberapa idea baru mengenai pelaksanaan juga telah dikongsi bersama. Forum berakhir dengan makan tengah hari yang disediakan sekitar pukul 1 petang.

Updated:: 24/06/2020 [ainzubaidah]

INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZNAb~