Bengkel ‘Bagaimana Menilai Manuskrip” | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Bengkel ‘Bagaimana Menilai Manuskrip”

Bengkel ‘Bagaimana Menilai Manuskrip”

24 Februari 2022 – Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi, Institut Kajian Perladangan, Profesor Madya Dr. Nazmi Mat Nawi telah dijemput untuk mengendalikan bengkel “Bagaimana Menilai Manuskrip” kepada pegawai penyelidik Lembaga Koko Malaysia (LKM). Bengkel dua hari itu telah diadakan daripada 23 hingga 24 Februari 2022 di Bilik Seminar, Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Lembaga Koko Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan. Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah LKM, YBhgia Dr. Ramle Hj. Kasin. Seramai 20 orang pegawai penyelidik LKM telah menghadiri bengkel ini. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk melatih pegawai penyelidik untuk menilai manuskrip saintifik secara berkesan dan menyediakan komen yang membina kepada penulis. Para peserta bengkel diharapkan agar dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi daripada bengkel ini untuk menilai mana-mana manuskrip yang dihantar kepada Malaysian Cocoa Journal (MCJ) demi meningkatkan kualiti dan prestij jurnal tersebut.

Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 28/02/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdXA6~