“IRRDB Special Meeting Of The Experts On The Pestalotiopsis Leaf Disease” | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » “IRRDB Special Meeting of the Experts on the Pestalotiopsis Leaf Disease”

“IRRDB Special Meeting of the Experts on the Pestalotiopsis Leaf Disease”

15 Disember 2022 - Timbalan Pengarah Institut Kajian Perladangan (IKP), Prof. Dr. Wong Mui Yun telah dijemput sebagai panel pakar untuk menghadiri “IRRDB Special Meeting of the Experts on the Pestalotiopsis Leaf Disease”yang dianjurkan oleh International Rubber Research and Development Board (IRRDB), bertempat di Bilik Persidangan Aras 1, Bangunan Getah Asli, Kuala Lumpur. Mesyuarat khas ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung IRRDB, Datuk Dr. Abdul Aziz. Sebanyak enam negara ahli IRRDB yang merupakan negara pengeluar utama getah termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, India, Thailand dan Sri Lanka, telah membentangkan penemuan terkini berkaitan dengan penyakit luruhan daun yang serius pada tanaman getah yang berpunca daripada kulat patogen Pestalotiopsis.

 

Kulat Pestalotiopsis ini boleh menjangkiti daun, tangkai dan buah pokok getah. Walaubagaimanapun, serangan kulat ini adalah lebih tertumpu pada bahagian daun, di mana jangkitan yang serius boleh mengakibatkan keguguran daun getah sehingga 90 peratus. Selain daripada itu, jangkitan kulat ini juga boleh mengakibatkan kemerosotan pengeluaran susu getah sehingga 60 peratus. Dalam mesyuarat khas ini, Prof. Dr. Wong telah terlibat secara aktif dalam sesi pembentangan dan perbincangan terbuka berkaitan hasil penyelidikan yang telah dijalankan serta langkah pencegahan bagi mengawal penyakit ini.

Tarikh Input: 11/01/2023 | Kemaskini: 11/01/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGGAu~