Ketua Laboratori IKP Dijemput Sebagai Pensyarah Pelawat Ke Universitas Brawijaya, Indonesia | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Ketua Laboratori IKP dijemput sebagai pensyarah pelawat ke Universitas Brawijaya, Indonesia

Ketua Laboratori IKP dijemput sebagai pensyarah pelawat ke Universitas Brawijaya, Indonesia

20 Oct – Ketua, Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM), Institut Kajian Perladangan (IKP), Profesor Madya Dr. Nazmi Mat Nawi telah dijemput sebagai pensyarah pelawat oleh Fakultas Teknik Pertanian, Universitas Brawijaya, Indonesia selama sebulan bermula pada 11 Oktober hingga 06 November 2023. Dalam program ini, Dr. Nazmi bertanggunjawab untuk mengajar enam topik berkaitan dengan subjek Mekanisasi untuk Tanaman Perladangan kepada pelajar pra-siswazah disamping menjalankan penilaian terhadap hasil pembelajaran pelajar dan bahan pengajaran.

 

Disamping mengajar, beliau juga telah dilantik sebagai penceramah jemputan untuk menyampaikan seminar berkenaan dengan instrumentasi untuk pertanian. Dr. Nazmi juga perlu mengenal pasti bidang baharu penyelidikan yang boleh dikendalikan secara bersama dengan pensyarah di Universitas Brawijaya. Program ini juga memerlukan Dr. Nazmi untuk menerbitkan dua penerbitan secara bersama dengan penyelia beliau di sana, Dr. Dimas Firmada Al Riza. Di akhir program, beberapa bidang penyelidikan telah dikenal pasti untuk kolaborasi di masa hadapan.

 

 

 

Tarikh Input: 03/11/2023 | Kemaskini: 03/11/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGPAJ~