Kunjungan Hormat Ke FGV Holdings Berhad | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Kunjungan Hormat ke FGV Holdings Berhad

Kunjungan Hormat ke FGV Holdings Berhad

Ogos, 9 – Ahli pengurusan Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah mengadakan kunjungan hormat ke FGV Holdings Berhad di Wisma FGV, Kuala Lumpur. Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah IKP, Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique  yang turut disertai oleh Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah), Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi), Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) dan Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi (Ketua Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari). Delegasi IKP telah disambut baik oleh ahli pengurusan tertinggi FGV Holdings Berhad, diketuai oleh Ketua, Bahagian Penyelidikan iaitu Tuan Haji Romzi Ishak.

 

Lawatan ini merupakan salah satu program jerayawara IKP untuk memperkenalkan IKP dan mewujudkan jaringan dengan agensi kerajaan dan pemain utama dalam industri perladangan di Malaysia. Dalam lawatan ini, Prof. Dr. Shaufique telah berkongsi misi dan visi Institut, serta dalam masa yang sama menerangkan tentang bidang penyelidikan khusus dan kepakaran di IKP. Tuan Haji Romzi Ishak telah dilantik sebagai CEO@IKP, di mana program ini menghimpunkan CEO daripada syarikat swasta untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar dan kakitangan UPM. Lawatan ini juga diadakan untuk mengenalpasti titik persamaan bagi pelaksanaan kerjasama dalam aktiviti penyelidikan dan program kerjasama di antara IKP dan FGV Holdings Berhad.

 

  

Tarikh Input: 19/09/2022 | Kemaskini: 19/09/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEeAAX~