Lantikan Pengarah Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lantikan Pengarah Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

Lantikan Pengarah Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM

 

SERDANG, 1 Februari – Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor Universiti Putra Malaysia telah bersetuju melantik YBrs. Prof. Madya Ts. Dr.  Siti Khairunniza Bejo sebagai Pengarah, Institut Kajian Perladangan (IKP) bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 1 Februari 2024 hingga 31 Januari 2027. Warga IKP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr.  Siti Khairunniza atas pelantikan ini.

Sehubungan itu, warga IKP turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique di atas sumbangan dan khidmat sepanjang lantikan beliau sebagai Pengarah di IKP bagi tempoh dua (2) tahun bermula 3 Januari 2022 hingga 31 Januari 2024.

Semoga IKP akan terus maju sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang memberi bermanfaat kepada komuniti penyelidikan dan industri perladangan.

Tarikh Input: 19/02/2024 | Kemaskini: 19/02/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGIA3~