Lawatan Dari Delegasi Yangzhou University (YZU), China | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Dari Delegasi Yangzhou University (YZU), China

Lawatan Dari Delegasi Yangzhou University (YZU), China

 

SERDANG, 27 Februari – Delegasi dari Yangzhou University (YZU), China telah melawat Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 27 - 29 Februari 2024 yang terdiri daripada Professor Dr. Liu Qiaoquan (Timbalan Presiden, YZU), Professor Dr. Yang Zefeng (Dekan, College of Agriculture, YZU), Professor Dr. Li Qianfeng, Professor Dr. Zhang Changquan and Professor Dr. Zhang Lin.

Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengambil bahagian dalam seminar separuh hari di mana penyelidik dari kedua-dua pihak telah membentangkan hasil kajian masing-masing dan mengambil bahagian dalam sesi perbincangan berkenaan dengan potensi kolaborasi dalam aspek akademik dan penyelidikan.

Delegasi YZU juga berkesempatan berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Ismi Arif Ismail. Untuk mengalukan kedatangan delegasi YZU, IKP telah menjadi hos kepada majlis makan malam di Kelab Tasik Putrajaya pada 27 Februari 2024. Impak daripada lawatan ini ialah, kedua-dua pihak (IKP dan YZU) telah bersetuju untuk memulakan kerjasama dalam program mobiliti pelajar dan staf di samping inisiatif laboratori bersama.

 

 

 

 

Tarikh Input: 04/04/2024 | Kemaskini: 04/04/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGIAk~