Lawatan Teknikal Ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Sungai Tekam, Pahang | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Teknikal ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Sungai Tekam, Pahang

Lawatan Teknikal ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR) Sungai Tekam, Pahang

 

 

 

5 Sept. – Ahli pengurusan dan pegawai penyelidik Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak di Sungai Tekam, Pahang. Lawatan ini telah diketuai oleh Pengarah IKP, Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique dan turut disertai Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah IKP), Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi) dan penyelidik IKP.  Delegasi IKP telah disambut baik oleh pihak pengurusan dan pegawai penyelidik FGV Holdings Sdn. Bhd. yang diketuai oleh Tuan Hj. Romzi Ishak, Ketua Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.

IKP bersama FGV Holdings Sdn. Bhd. telah mengadakan beberapa siri kerjasama sebelum ini antaranya adalah Forum Perladangan Putra ke-13 yang telah diadakan pada 17 Ogos 2023 di mana Tuan Haji Romzi Ishak telah menjadi penceramah jemputan untuk program tersebut. Lawatan ini merupakan salah satu rangka lawatan yang telah direncanakan dan merupakan platfom bagi membincangkan hala tuju kerjasama penyelidikan dan inovasi produk/teknologi yang dapat dibangunkan secara bersama antara IKP dan FGV Holdings Sdn. Bhd.

Selain daripada itu, penyelidik IKP juga berpeluang untuk melawat makmal analitikal FGV, tapak lysimeter kelapa sawit bagi mengkaji potensi evapotranspirasi dan juga Unit Pembangunan Benih. Lawatan ini merupakan langkah awal bagi mewujudkan kerjasama penyelidikan jangka panjang yang berkesan di antara IKP dan FGV Holding Sdn. Bhd.

Tarikh Input: 29/09/2023 | Kemaskini: 29/09/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGNA3~