Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) Antara UPM Dan Top Fruits Sdn. Bhd. | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara UPM dan Top Fruits Sdn. Bhd.

Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara UPM dan Top Fruits Sdn. Bhd.

 

 

27 Oktober- Majlis pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Top Fruits Sdn. Bhd. telah diadakan di Hotel Everly, Putrajaya bersempena dengan Majlis Makan Malam Persidangan 10th Asian-Australasian Conference on Precision Agriculture (ACPA 10). Institut Kajian Perladangan (IKP) yang diwakili oleh Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari) telah menjalinkan kerjasama dengan Syarikat Top Fruits Sdn. Bhd. dalam kajian berkaitan kaedah kawalan lestari bagi penyakit durian yang disebabkan oleh patogen kulat Phytophthora palmivora yang menjadi ancaman kepada industri tanaman durian.

 

Syarikat Top Fruits Sdn. Bhd. yang telah diasaskan pada tahun 1986 memiliki ladang durian yang terbesar di Malaysia. Sehingga kini, Top Fruits Sdn. Bhd. telah berkembang pesat sebagai pengeluar dan pengeksport durian sejuk beku di Malaysia. Matlamat utama daripada perjanjian MoA ini ialah bagi menjalinkan kerjasama penyelidikan dan komuniti dengan dana peruntukan daripada Top Fruits Sdn. Bhd. sebanyak RM200,000.00. Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah (Naib Canselor UPM), YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Siddique (Pengarah IKP) dan Dr. Tan Sue Sian (Pengarah, Top Fruits Sdn. Bhd.).

Di bawah perjanjian ini, penyelidik IKP akan membantu menyediakan latihan dan mengadakan perkongsian ilmu untuk kakitangan ladang di Top Fruits Sdn. Bhd. terutama dalam menjalankan rutin pemerhatian penyakit di ladang dan langkah-langkah kawalan bagi penyakit durian. Kerjasama yang dijalinkan ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya  dan memberi impak positif kepada UPM dan pihak industri.

 

  

 

Tarikh Input: 29/12/2023 | Kemaskini: 29/12/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGPAp~