Mesyuarat Koordinasi Kajian Profil, Kesejahteraan, Model Perniagaan Dan Pencapaian SDG Pengusaha Kecil Kelapa Sawit Di Malaysia-Indonesia | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Mesyuarat Koordinasi Kajian Profil, Kesejahteraan, Model Perniagaan dan Pencapaian SDG Pengusaha Kecil Kelapa Sawit di Malaysia-Indonesia

Mesyuarat Koordinasi Kajian Profil, Kesejahteraan, Model Perniagaan dan Pencapaian SDG Pengusaha Kecil Kelapa Sawit di Malaysia-Indonesia

Mei, 14 - Profesor Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Siddique (Pengarah, Institut Kajian Perladangan, UPM) telah menghadiri Mesyuarat Koordinasi Kajian Profil, Kesejahteraan, Model Perniagaan dan Pencapaian Sustainable Development Growth (SDG) Pengusaha Kecil Kelapa Sawit di Malaysia-Indonesia yang diadakan di Novotel Jakarta Cikini, Indonesia. Antara aktiviti utama program ini ialah perbincangan dan penyediaan laporan akhir serta lawatan ke ibu pejabat Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di Jakarta.

 

Projek ini dijalankan secara kolaborasi di antara Universitas Sumatera Utara, Universitas Jambi, Universitas Lambung Mangkurat, Universiti Putra Malaysia, Universiti Utara Malaysia, dan Institut Penyelidikan Kelapa Sawit Indonesia. Projek ini telah dibiayai sepenuhnya oleh CPOPC dan telah berjaya menyediakan data asas (baseline) bagi amalan perladangan kelapa sawit serta kesan terhadap aspek kebajikan pekebun-pekebun kecil di Malaysia-Indonesia.

 

 

 

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 12/08/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGFAm~