Pelantikan Sebagai Ketua, Laboratori Agronomi Dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Pelantikan sebagai Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP)

Pelantikan sebagai Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP)

Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah berbesar hati menerima lantikan Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari yang baharu iaitu Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi bermula 1 Disember 2021. Pelantikan ini bagi menggantikan Prof. Madya Dr. Khairulmazmi Ahmad yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah, Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM.

Prof. Madya Dr. Nolila merupakan staf akademik daripada Jabatan Perniagaantani dan Ekonomi Biosumber, Fakulti Pertanian, UPM. Beliau merupakan graduan Phd daripada Universiti Curtin, Australia dan kepakaran beliau adalah dalam bidang Pemasaran Perniagaantani. Beliau berpengalaman dalam menyandang jawatan pengurusan dan pernah dilantik sebagai Ketua Jabatan di Fakulti Pertanian selama 3 tahun. Beliau sehingga kini aktif dalam komuniti saintifik terutama dalam bidang disiplin pemasaran perhubungan dan pengurusan rantaian bekalan.

Selamat Datang ke IKP dan Selamat Menjalankan Tugas Prof Madya Dr. Nolila Mohd Nawi!

Tarikh Input: 13/12/2021 | Kemaskini: 13/12/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdSAU~