Penyelidik IKP Menerima Geran “University Consortium (UC) Young Researcher Grant” | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Penyelidik IKP menerima geran “University Consortium (UC) Young Researcher Grant”

Penyelidik IKP menerima geran “University Consortium (UC) Young Researcher Grant”

 

Sept, 4hb - Prof. Madya Dr. Noor Baity Saidi (penyelidik bersekutu, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP) dan Gs. Dr. Nik Norasma Che’ Ya (penyelidik bersekutu-interim, Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi) daripada Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berjaya menerima geran “University Consortium (UC) Young Researcher Grant” sebanyak USD 5,000.00 setiap seorang.

Geran UC ini terbuka kepada semua penyelidik daripada tiga belas universiti di bawah Southeast Asian University Consortium. Geran ini menyediakan pembiayaan permulaan untuk penyelidik muda meneruskan projek yang berkaitan dengan keutaamaan strategik UC antaranya dasar makanan dan pertanian, bioteknologi dalam pertanian dan teknologi maklumat dan komunikasi, bioinformatik dan pengurusan data dalam pertanian.  Seluruh warga IKP mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Noor Baity Saidi dan Gs. Dr. Nik Norasma Che’ Ya di atas pencapaian ini!

Tarikh Input: 04/10/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGQAb~