Perbincangan Berkenaan Isu Keterjaminan Makanan Bersama Dato’ Sri Mustapa Mohamed | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Perbincangan berkenaan Isu Keterjaminan Makanan bersama Dato’ Sri Mustapa Mohamed

Perbincangan berkenaan Isu Keterjaminan Makanan bersama Dato’ Sri Mustapa Mohamed

 

Mac, 07 – Satu perbincangan mengenai isu keterjaminan makanan dalam negara telah diadakan diantara penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Dato’ Sri Mustapa Mohamed bertempat di Astana Putra, UPM, Serdang. Antara penyelidik yang hadir pada program tersebut ialah Prof. Dr. Shafique Fahmi Ahmad Sidique (Pengarah, Institut Kajian Perladangan), Prof. Dr. Kamarul Ariffin Ahmad (Pengarah, Putra Science Park), Prof. Dr. Amin Ismail (Pengarah, Pusat Jaminan Kualiti), Dr. Kamil Yusoff (Ketua Pegawai Eksekutif, UPM Education and Training Sdn. Bhd.), Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, IKP), Dr. Zailani Khuzaimah, Dr. Fariz Adzmi dan En. Rizal Husin. Perbincangan tersebut telah membincangkan isu keterjaminan makanan dalam negara dan peranan yang boleh dimainkan oleh UPM dalam menangani isu tersebut.

Dalam perbincangan tersebut, Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah berkongsi pengalaman beliau semasa berkhidmat sebagai menteri untuk pelbagai portfolio selama lebih daripada 20 tahun. Beliau turut memberi idea dan pandangan dalam membantu UPM memainkan peranan yang lebih berkesan dalam isu keterjaminan makanan. Hasil daripada perbincangan, Dato’ Sri Mustapa Mohamed telah menyarankan agar penyelidik UPM yang hadir untuk menyediakan satu kertas konsep bagi menangani isu berkaitan untuk dipanjangkan kepada kementerian yang berkaitan.

Tarikh Input: 30/03/2023 | Kemaskini: 30/03/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdSAN~