Perbincangan Kerjasama Penyelidikan Antara IKP Dan LKM | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Perbincangan Kerjasama Penyelidikan Antara IKP dan LKM

Perbincangan Kerjasama Penyelidikan Antara IKP dan LKM

Julai, 24  – Ahli pengurusan tertinggi Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan perbincangan secara atas talian dengan ahli pengurusan tertinggi Lembaga Koko Malaysia (LKM) bagi mengenalpasti peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan dan juga pembangunan modal insan. Bagi pihak IKP, perbincangan ini telah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Prof. Dr. Wong Mui Yun yang turut disertai oleh Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi (Ketua, Laboratori Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi), Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria (Ketua, Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk) dan Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai (Ketua, Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari). Manakala pihak LKM pula telah disertai oleh Ketua Pengarah, YBrs. Dr. Ramle Hj. Kasin, Dr. Albert Ling (Pengarah, Bahagian Bioteknologi), En. Shari Fuddin Sha'ari (Pengarah, Bahagian Teknologi Huluan Koko), dan Cik Felicity Lawrence Ening (Pegawai perhubungan awam, LKM).

Perbincangan ini merupakan salah satu program jerayawara untuk memperkenalkan IKP kepada LKM bagi mewujudkan jaringan kerjasama penyelidikan untuk memajukan lagi industri koko di Malaysia. Melalui perbincangan ini, Prof. Dr. Wong telah berkongsi misi dan visi institut, serta bidang penyelidikan khusus dan kepakaran yang ada di IKP. Delegasi IKP juga berpeluang mendengar tentang projek penyelidikan yang sedang dijalankan di LKM. Hasil daripada perbincangan ini, beberapa projek kerjasama penyelidikan antara IKP dan LKM telah dikenalpasti dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 31/07/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGHA1~