Program Pemindahan Ilmu Pengurusan Penyakit Durian Di Top Fruits Sdn. Bhd. | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Program Pemindahan Ilmu Pengurusan Penyakit Durian di Top Fruits Sdn. Bhd.

Program Pemindahan Ilmu Pengurusan Penyakit Durian di Top Fruits Sdn. Bhd.

 

PARIT SULONG, 1 Februari – Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah melaksanakan program pemindahan ilmu bagi pengurusan penyakit tanaman durian kepada kakitangan ladang dan pentadbiran Top Fruits Sdn. Bhd. Program ini telah diadakan di  Stesen Penyelidikan dan Pembangunan Top Fruits Sdn Bhd., Parit Sulong, Batu Pahat pada 1-2 Februari 2024. Syarikat Top Fruits Sdn. Bhd. merupakan antara syarikat pengeluar dan pengeksport durian sejuk beku dan produk durian diproses yang utama di Malaysia dan mempunyai keluasan bertanam durian seluas 80 hektar di Parit Sulong, Batu Pahat.

 

Program pemindahan ilmu ini merupakan salah satu aktiviti di bawah program jaringan industri di antara IKP dan Top Fruits Sdn. Bhd. Program yang diketuai oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai merupakan program yang dibentuk khusus bagi memberi pemahaman dan perkongsian ilmu berkenaan penyakit tanaman durian, kaedah kawalan serta teknik pemantauan yang berkesan yang boleh dipraktikkan di ladang. Program ini tidak hanya memfokuskan kepada pembelajaran teori, tetapi para peserta juga berpeluang untuk menjalankan pemantauan severiti penyakit kanker batang serta memahami simptom-simptom penyakit di ladang secara praktikal. Program selama dua hari ini dilaksanakan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai dan dibantu oleh Dr. Erneeza Mohd Hata, Dr. Kong Lih Ling dan YM Raja Izzah Nadzirah Raja Othman.

 

Beberapa program susulan telah dirangka di bawah projek ini selama dua (2) tahun, bagi membolehkan pihak industri iaitu Top Fruits Sdn. Bhd. menerima manfaat yang maksimum disamping mengukuhkan kerjasama yang erat antara IKP dan pihak industri yang relevan.

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 23/02/2024 | Kemaskini: 23/02/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGQAf~