Sesi Orientasi Pelajar Siswazah Baharu IKP Dan Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Sesi Orientasi Pelajar Siswazah Baharu IKP dan Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal

Sesi Orientasi Pelajar Siswazah Baharu IKP dan Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal

 

6 November – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan sesi orientasi dan Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal untuk pelajar siswazah baharu yang telah berdaftar di IKP untuk Semester 1 Sesi 2023/2024. Taklimat berkenaan Program Pacsa-Siswazah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah IKP, Prof. Dr. Wong Mui Yun, yang juga merupakan Penyelaras Siswazah, manakala taklimat berkenaan keselamatan makmal telah disampaikan oleh Puan Nazlia Girun, Pegawai Sains di IKP.

 

Program ini dimulakan dengan pengenalan kepada ahli pengurusan, pengawai penyelidik, penyelidik bersekutu, staf makmal dan staf pentadbiran di IKP. Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan maklumat keselamatan termasuklah penerangan tentang peraturan asas keselamatan di makmal, kaedah tempahan penggunaan makmal dan peralatan, cara pengendalian bahan kimia dan pengurusan sisa bahan kimia, pemakaian alat lindung diri yang bersesuaian serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di makmal.

 

Terdapat juga perkongsian berbentuk video mengenai cara penggunaan emergency shower dan emergency eye wash, alat pemadam api dan cara menanggalkan sarung tangan pakai buang dengan cara yang betul. Di akhir program, pelajar telah dibawa melawat semua makmal yang terdapat di IKP termasuklah ke Rumah Hijau Transgenik (TGH).

 

Senarai pelajar yang baru mendaftar bagi Semester 1 Sesi 2023/2024 adalah:

  1. Muhammad Fitri Abu Muntalib (pelajar baru bertukar dari program MSc. kepada program PhD – Laboratori PSTM
  2. Chin Sze Jie (PhD) – Laboratori PPD
  3. Nur Rashyeda Ramli (PhD) – Laboratori SACP
  4. Yao Xiaobing (PhD) – Laboratori SACP
  5. Mezerdi Youcef (PhD) – Laboratori SACP

 

Tarikh Input: 30/11/2023 | Kemaskini: 30/11/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGEAD~