Sesi Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal & Orientasi IKP | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Sesi Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal & Orientasi IKP

Sesi Taklimat Peraturan Keselamatan Makmal & Orientasi IKP

21 Oktober – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan sesi taklimat peraturan keselamatan makmal dan orientasi untuk semua pelajar yang berdaftar di IKP. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Nazlia Girun, Pegawai Sains IKP.

Program dimulakan dengan pengenalan kepada ahli pengurusan, pengawai penyelidik, penyelidik bersekutu dan staf makmal di IKP.

Dalam program ini, pelajar didedahkan dengan maklumat keselamatan termasuklah penerangan tentang peraturan asas keselamatan di makmal, kaedah tempahan penggunaan makmal dan peralatan, cara pengendalian bahan kimia dan pengurusan sisa bahan kimia, kaedah penggunaan kebuk wasap yang betul, pemakaian alat lindung diri yang bersesuaian serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di makmal.

Terdapat juga perkongsian berbentuk video mengenai cara penggunaan emergency shower dan emergency eye wash, alat pemadam api dan cara menanggalkan sarung tangan pakai buang dengan cara yang betul.

Diakhir program, pelajar telah dibawa melawat semua makmal yang terdapat di IKP.

 

  

 

 

Tarikh Input: 02/11/2021 | Kemaskini: 03/11/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGQAy~