Taklimat Proses Penerbitan Buku Ilmiah Daripada Tesis | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Taklimat Proses Penerbitan Buku Ilmiah daripada Tesis

Taklimat Proses Penerbitan Buku Ilmiah daripada Tesis

 

SERDANG, 1 Feb- Institut Kajian Perladangan (IKP) dengan kerjasama Seksyen Editorial dan Pengeluaran, Pusat Penerbit UPM telah menganjurkan Taklimat Proses Penerbitan Buku Ilmiah daripada Tesis pada 1 Februari 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat IKP. Taklimat ini mendapat sambutan dengan penyertaan 18 peserta terdiri dari pensyarah, pegawai penyelidik dan pelajar siswazah di IKP. Matlamat utama program ini adalah untuk mendedahkan faedah dan kepentingan buku yang diterbitkan daripada tesis untuk penyebaran ilmu yang lebih luas di kalangan orang ramai dan masyarakat. Program ini diharap dapat meningkatkan minat ahli IKP untuk menerbitkan buku daripada hasil tesis yang boleh memberi manfaat kepada pembaca sasaran yang berbeza.

 

Penceramah jemputan bagi program ini ialah Puan Hani Farahin Ismail, Ketua Bahagian Editorial dan Produksi, serta dibantu oleh Puan Dianna Waty Ibrahim dan Puan Noor Sholihah Mohamed Daud. Keseluruhan proses penerbitan daripada tesis kepada buku telah dihuraikan secara terperinci kepada peserta. Walaupun proses merangka buku daripada tesis boleh menjadi sangat mencabar untuk ahli akademik dan pelajar, ia menawarkan manfaat yang besar kerana buku  ditulis menggunakan bahasa yang ringkas untuk khalayak umum di mana matlamat utama adalah untuk menjadikan maklumat tersebut lebih mudah difahami.

 

 

 

Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXFGJAf~