PROGRAM IJAZAH MASTER
Pemohon hendaklah memiliki:
- PNGK 2.750 dalam bidang berkaitan ; atau
- PNGK 2.500 – PNGK 2.749 dalam bidang berkaitan + 3 tahun pengalaman kerja ; atau
- Ijazah Sarjana Muda atau setara dalam bidang yang berkaitan dengan PNGK 2.00 – 2.49 hendaklah mempunyai minimum 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan dan lulus penilaian dalaman ; atau
- Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan atau tidak mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan tetapi memenuhi minimum PNGK 2.00, mesti mengambil kursus prasyarat yang bersesuaian.
PROGRAM IJAZAH DOKTOR FALSAFAH
Pemohon hendaklah memiliki:
- Lulus Master secara Penyelidikan/Master secara Kerja Kursus dalam bidang berkaitan ; atau
- Kelayakan lain yang setara dengan Ijazah Master yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia ; atau
- Calon yang tidak mempunyai kelayakan dalam bidang berkaitan atau tidak mempunyai pengalaman kerja dalam bidang berkaitan mesti mengambil kursus prasyarat yang bersesuaian ; atau
- PNGK 3.750 atau setara dengan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dan lulus penilaian dalaman.
Kemaskini:: 21/03/2022 [ainzubaidah]
PERKONGSIAN MEDIA