Putra Plantation Forum Series 9: “Advances On Computational Biology And Genomics For Agriculture: Case Study Of Plantation Crops” | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» AKTIVITI » UPM pamer 10 inovasi baru

Tajuk Acara
Putra Plantation Forum Series 9: “Advances on Computational Biology and Genomics for Agriculture: Case Study of Plantation Crops”
Tarikh
16 Apr 2019 - 16 Apr 2019
Masa
08.45 - 11.30
Lokasi
Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian UPM
Ringkasan Acara
Institut Kajian Perladangan, Universiti Putra Malaysia telah mengadakan satu syarahan umum, siri ke-9 daripada “Putra Plantation Forum Series” dengan tajuk “Advances on Computational Biology and Genomics for Agriculture: Case Study of Plantation Crops” pada 16 April 2019 di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Syarahan umum ini telah disampaikan oleh seorang saintis yang terkemuka di dunia, Professor Dr. Denis J. Murphy, Ketua, Penyelidikan Biologi, dan Ketua, Kumpulan Penyelidikan Genomiks dan Biologi Pengkomputeran, University of South Wales, UK. Beliau juga merupakan Pengerusi, sub-jawatankuasa Biologi, Programme Advisory Committee (PAC) kepada Lembaga Kelapa Sawit Malaysia, dan Penasihat Bioteknologi, United Nations FAO. Beliau menerangkan kebaikan yang didapati melalui kajian genomiks dan biologi pengkomputeran seperti penemuan gen-gen penting dalam kelapa sawit yang mengawalatur hasil buah, abnormaliti klon dan pengeluaran minyak. Aplikasi data raya dalam kebolehkesanan minyak dan pengesahan kawasan asal minyak sawit yang dihasilkan akan memberi impak yang tinggi dalam aspek akauntabiliti untuk penanaman sawit yang lestari dan penjenamaan minyak sawit yang dihasilkan oleh negara pengeluar. Sebagai penutup, Professor Denis menekankan bahawa untuk tanaman perladangan seperti kelapa sawit berkembang maju dalam situasi kontroversi sekarang, perlunya ada kajian sains yang kukuh, dan membangunkan komunikasi yang efektif dengan pihak NGO dan masyarakat umum.

Kemaskini:: 24/06/2020 [ainzubaidah]

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXETJA4~