VISIT TO FGV (R & D) SDN. BHD. FOR POTENTIAL RESEARCH COLLABORATION | INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
» ACTIVITIES »

Event Title
VISIT TO FGV (R & D) SDN. BHD. FOR POTENTIAL RESEARCH COLLABORATION
Date
07 Jun 2018 - 07 Jun 2018
Time
02.30 - 04.45
Location
Meeting Room, FGV Innovation Centre (FGV), Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan
Event Summary
Delegasi penyelidik dari IKP diketuai oleh pengarah Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah telah membuat lawatan kerjasama penyelidikan ke FGV R & D Sdn. Bhd. Para penyelidik tela disambut oleh CEO FGV R & D Sdn. Bhd., Dr Sharifah Shahrul Rabiah Syed Alwee. Lawatan ini bertujuan untuk menjalin kerjasama dalam penyelidikan terutamanya penyelidikan berkaitan kelapa sawit. Pihak IKP telah membentangkan beberapa kepakaran yang dimiliki dan begitu juga pihak FGV. Hasil daripada perbincangan tersebut kedua dua pihak bersetuju untuk menjalinkan kerjasama penyelidikan untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti hasil berlandaskan sistem pengurusan perladangan yang dinamik. Ini dapat dijayakan melalui permohonan geran kerjasama antara IKP dan FGV. Dimana pihak FGV akan memberi kerjasama dari segi bahan penyelidikan dan juga fasiliti. Antara projek yang telah dicadangkan adalah seperti Screening for High Vitamin E palms from the field, Functional analysis of non-ribosomal peptide synthetase (NRPS) in Ganoderma boninense, Identification of G. boninnense candidate genes for application of RNA interference (RNAi), Effect of Treated Palm Oil Mill Sludge Catallysed by Lipase Producing Bacteria, dan Identification and Validation of Differentially Expressed Genes from G. boninense infected Palms for Potential Biomarkers.

Updated:: 24/06/2020 [ainzubaidah]

INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEYJAs~