Enam Penyelidik IKP Diiktiraf Dalam Kalangan 5% Saintis Terbaik Dunia Oleh Global Scientist Index 2025 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP) ikp
» BERITA » Enam Penyelidik IKP Diiktiraf dalam Kalangan 5% Saintis Terbaik Dunia oleh Global Scientist Index 2025

Enam Penyelidik IKP Diiktiraf dalam Kalangan 5% Saintis Terbaik Dunia oleh Global Scientist Index 2025

 
SERDANG, 6 August 2026 - Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM telah mencipta sejarah apabila enam orang penyelidiknya telah diiktiraf dikalangan 5% saintis terbaik di dunia melalui Global Scientist Index 2025 (SciRank Global). Pengiktirafan ini diterima oleh Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, Prof. Ir. Dr. Norhashila Hashim, Prof Madya Dr. Thinagaran Perumal, Prof. Madya Ts. Dr. Aimrun Wayayok, Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria, dan Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai.

Enam penyelidik yang mendapat pengiktirafan ini merupakan ahli penyelidik bagi UDRP Smart Farming dan UDRP Plantation Crops, yang merupakan sebahagian daripada Institut Kajian Perladangan (IKP) di UPM. Penilaian ini dibuat berdasarkan kualiti penerbitan, impak petikan (citation impact), serta pengaruh saintifik penyelidik dalam bidang kepakaran mereka secara global.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan atas sumbangan dan dedikasi penyelidik IKP dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Ia juga menunjukkan kebolehan dan kualiti penyelidik IKP dalam menghasilkan karya penyelidikan yang bermutu dan berimpak tinggi.

SciRank Global adalah sebuah organisasi antarabangsa yang berdedikasi untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan saintis dan penyelidik dari seluruh dunia. Anugerah ini diberikan setiap tahun kepada saintis yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

IKP berbangga dengan pencapaian ini dan berharap dapat terus menghasilkan penyelidik yang berkualiti dan berdedikasi dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Ini juga merupakan bukti komitmen IKP dalam merealisasikan hasrat UPM untuk menjadi sebuah universiti yang terkemuka dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Tarikh Input: 06/08/2026 | Kemaskini: 06/08/2026 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
X, (10:36:44pm-10:41:44pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]