Forum Perladangan Putra Siri 5 Dan Mesyuarat Di Antara IKP Dan Pessl Instruments | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Forum Perladangan Putra Siri 5 dan Mesyuarat di antara IKP dan Pessl Instruments

Forum Perladangan Putra Siri 5 dan Mesyuarat di antara IKP dan Pessl Instruments

Pada 10 Oktober 2016, di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM, dua pembentangan mengenai data skala besar dalam pertanian persis telah diadakan sempena Forum Perladangan Putra ke-5. Pembentangan pertama bertajuk “The Internet of Things and the Data Revolution in Agriculture” telah disampaikan oleh  Mr. Vishnu Nair, Regional Director (Asia Pacific), Pessl Instruments manakala ceramah yang kedua bertajuk  “Satellite Based Crop Monitoring, Big Data and Where It is Taking Us” telah diberikan oleh Mr. Jim Castles, Australian Sales Manager, Geosys Australia.

Forum itu telah menerima sambutan di luar jangkaan. Diantara peserta luar yang hadir (29 peserta) adalah dari Felda Global Ventures (FGV), Advanced Agriecology Research (AAR) Sdn Bhd dan Boustead Plantation Berhad. Peserta lain termasuklah ahli akademia dan para pelajar UPM (80 peserta). Kedua penceramah telah menerima banyak soalan dari peserta dan ini memberi petanda yang jelas bahawa topik yang dipersembahkan menarik minat yang meluas di kalangan para hadirin.

Di sebelah petang hari yang sama, IKP telah mengadakan satu mesyuarat dengan Pessl Instruments dan agen tunggal tempatan iaitu Elite Scientific Instruments Sdn Bhd. Semua pihak yang terlibat telah menunjukkan minat untuk menjalankan usahasama di masa hadapan. Potensi penyelidik UPM dilatih menggunakan beberapa peralatan ladang (Pessl Instruments) yang akan ditempatkan di kawasan UPM telah dibincangkan.

Selain itu, prospek untuk mengadakan kolaborasi bersama untuk menganjurkan persidangan antarabangsa pada 2017 telah juga diketengahkan. Memorandum Persetujuan di antara ketiga pihak dalam perkara-perkara yang dibincangkan akan disediakan untuk ditandatangani dalam masa terdekat.

Tarikh Input: | Kemaskini: | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZIAL~