IKP Laksanakan Penilaian EKSA Peringkat Ke-2 Sempena HKIP Tahun 2025/2026 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP) ikp
» BERITA » IKP Laksanakan Penilaian EKSA Peringkat Ke-2 Sempena HKIP Tahun 2025/2026

IKP Laksanakan Penilaian EKSA Peringkat Ke-2 Sempena HKIP Tahun 2025/2026

     
SERDANG, 28 Julai 2026 – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah melaksanakan Penilaian EKSA Peringkat Ke-2 Sempena HKIP Tahun 2025/2026, yang dianjurkan oleh Pusat Jaminan Kualiti (CQA). Penilaian ini melibatkan semua warga IKP dan bertujuan untuk menilai tahap pematuhan pelaksanaan EKSA di IKP.

Penilai program, Pn. Zainor Mazwin Zainal dari HSAAS dan En. Khairul Azmi Za'ba dari UCTC, telah menilai pelaksanaan EKSA di IKP dan mendapati bahawa tahap pelaksanaan EKSA di IKP adalah baik dan mematuhi keperluan penilaian. Namun, beberapa cadangan penambahbaikan telah dibuat, termasuk penyeragaman papan tanda (signage) dan pelabelan ruang, penambahbaikan susun atur serta pelabelan kabinet dan ruang simpanan, pengemaskinian carta keberadaan staf dan paparan maklumat EKSA, penambahbaikan aspek kebersihan, kekemasan dan identiti korporat di beberapa lokasi, serta penyelenggaraan fasiliti serta pengukuhan elemen keselamatan dan kemudahan pengguna.

     
 
     
Penilaian ini bertujuan untuk memastikan persekitaran pejabat, makmal dan fasiliti berada dalam keadaan bersih, kemas, selamat dan kondusif, serta mengenal pasti ruang dan peluang penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti persekitaran kerja. Selain itu, penilaian ini juga bertujuan untuk memperkukuh budaya kerja cemerlang, inovasi dan amalan kelestarian hijau, serta meningkatkan imej korporat serta kualiti penyampaian perkhidmatan IKP.

Semua teguran dan cadangan daripada panel penilai akan diberi perhatian oleh pihak IKP serta tindakan bersesuaian akan diambil sebagai penambahbaikan berterusan (Continuous Improvement) bagi meningkatkan skor penilaian EKSA serta mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif dan profesional. Justeru, IKP berhasrat untuk terus komited meningkatkan kualiti persekitaran kerja serta memastikan semua warga IKP dapat bekerja dalam suasana yang selamat, sihat dan produktif.
     
 
     

Tarikh Input: 05/08/2026 | Kemaskini: 05/08/2026 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
X, (09:58:22pm-10:03:22pm, 13 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]