Institut Kajian Perladangan (IKP) Menerima Anugerah Konferensi Serantau Daripada JICA | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Institut Kajian Perladangan (IKP) menerima Anugerah Konferensi Serantau daripada JICA

Institut Kajian Perladangan (IKP) menerima Anugerah Konferensi Serantau daripada JICA

29hb Julai – Makmal Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (TSPM), Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia telah berjaya mendapatkan tajaan berjumlah USD14,000 (RM56,000) daripada Japanese International Cooperation Agency (JICA) untuk penganjuran “The 1st International Conference on Plantation Technology” (ICPTech2021). Tajaan yang dikenali sebagai Anugerah  Konferensi Serantau ini dikendalikan di bawah program ASEAN University Network /Southeast Asia Engineering Education Development Network (AUN/SEED-net). Dengan dana daripada tajaan tersebut, penganjuran konferensi ini akan dapat diadakan dengan lebih berkesan. Disamping tajaan kewangan, pihak JICA juga akan mempromosikan program ini melalui lawan sesawang mereka untuk meningkatkan keterlihatan program ini sekaligus menambahkan jumlah peserta terutamanya daripada negara Jepun dan negara-negara serantau. Tajaan ini membuktikan kepentingan konferensi ini sebagai platfom untuk membincangkan penggunaan teknologi terkini bagi meningkatkan hasil, kualiti dan kelestarian industri perladangan.

Tarikh Input: 02/09/2021 | Kemaskini: 02/09/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZCAv~