![]() |
||||
|
SERDANG, 22 Jun 2026 – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Program Penghargaan EKSA 2026 sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen dan dedikasi warga institut dalam membudayakan amalan EKSA serta mewujudkan persekitaran kerja yang sistematik, kondusif dan produktif. Program yang bertemakan “Ekosistem Kondusif Sektor Awam” ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan IKP dalam memperkukuh budaya kerja berkualiti dan meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan. Pengiktirafan yang diberikan melalui program ini bertujuan menghargai warga kerja yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan ruang kerja dan fasiliti institut berada pada tahap piawaian EKSA yang cemerlang. |
||||
![]() |
![]() |
|||
![]() |
![]() |
|||
|
Penilaian bagi Anugerah Penghargaan EKSA 2026 adalah berdasarkan Audit Kendiri EKSA IKP yang telah dilaksanakan pada 10 Jun 2026. Audit tersebut melibatkan penilaian menyeluruh terhadap aspek pengurusan ruang kerja, kebersihan, dokumentasi, inovasi serta pematuhan kepada kriteria EKSA. Bagi memastikan proses penilaian yang telus dan berkualiti, IKP telah menjemput Puan Nor Hasni Zahari dari Fakulti Kejuruteraan, UPM sebagai juruaudit dan penilai luar. Amalan EKSA bukan sekadar menekankan aspek kekemasan dan kebersihan persekitaran kerja, malah berperanan sebagai pemacu kepada peningkatan produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan serta keselamatan di tempat kerja. Pelaksanaan EKSA yang berkesan juga menyokong usaha pembentukan budaya kerja cemerlang yang berteraskan inovasi dan penambahbaikan berterusan. Majlis penyampaian sijil dan trofi penghargaan telah disempurnakan oleh pihak pengurusan institut kepada para penerima anugerah yang berjaya menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori masing-masing. Berdasarkan penilaian komprehensif yang telah dijalankan, berikut merupakan senarai penerima anugerah bagi tahun 2026: Anugerah Khas – Hanafiah Ismail Bilik Pegawai Terbaik – Haliena Azhar Kubikel Terbaik – Rozila Mohamed Jamalludin Ruang Terbaik (Tandas Perempuan) – Jawatankuasa Pengurusan Ruang Makmal Terbaik – Makmal Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari (SACP)
Pihak pengurusan IKP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penerima anugerah atas usaha gigih dan komitmen yang telah ditunjukkan dalam memastikan persekitaran kerja institut sentiasa berada pada tahap terbaik. Diharapkan pengiktirafan ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga IKP untuk terus memperkukuh amalan EKSA dan mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi. Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen IKP dalam menyokong aspirasi Universiti Putra Malaysia ke arah kecemerlangan organisasi dan penandaarasan terbaik dalam sektor awam. “Persekitaran Kondusif, Produktiviti Melandasi Kecemerlangan.” Tahniah kepada semua warga Institut Kajian Perladangan atas kejayaan menjayakan Program Penghargaan EKSA 2026 dan terus komited dalam membudayakan persekitaran kerja yang berkualiti, selamat dan lestari. |
||||
![]() |
||||
Tarikh Input: 07/07/2026 | Kemaskini: 07/07/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG