Asst. Professor Dr. Potjamarn Suraninpong daripada Institut Teknologi Pertanian, Walailak University, Thailand telah mengadakan lawatan akademik ke Institut Kajian Perladangan, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 24 Januari 2019. Asst. Professor Dr. Potjamarn sangat aktif dalam penyelidikan sains pertanian di Thailand. Beliau merupakan pakar dalam bidang bioteknologi tumbuhan terutamanya pemindahan gen, tisu kultur dan induksi mutasi pertanian. Penyelidikan semasa beliau memberi tumpuan kepada penggunaan bioteknologi untuk pemuliharaan tumbuhan, terutamanya dalam penggunaan penanda molekul untuk pembiakan dan varieti tumbuhan termasuk anthurium dan getah.
Bersama beliau Dr. Azzreena Mohammad Azzeme membincangkan potensi kerjasama dalam penyelidikan antara Walailak Universiti dan UPM. Beliau juga bertemu dengan Pengarah IKP, Profesor. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah membincangkan mengenai peluang dalam jaringan antarabangsa dan pertukaran idea dalam pembangunan bidang perladangan.
Tarikh Input: 30/01/2019 | Kemaskini: 30/01/2019 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG