Pada 9 Mac 2018, Mesyuarat kerjasama penyelidikan bersama MPOC kali ke-3, telah di adakan di Bilik Mesyuarat IKP.
Pihak MPOC di hadiri oleh Dr. Yew Foong Kheong, manakala pihak IKP di wakili oleh Prof. Madya Dr. Zulkefly Sulaiman, Prof. Madya Dr. Yusoff Samad, Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Ismail dan Dr. Zailani Khuzaimah. Dalam mesyuarat tersebut pihak MPOC pada dasarnya bersetuju untuk menyediakan geran peyelidikan bagi kajian biomass yang bernilai kira-kira RM200 ribu.
Pihak MPOC juga memohon kerjasama IKP dalam menganjurkan forum dan program dalam mempromosi industri kelapa sawit Malaysia di peringkat UPM.
Tarikh Input: 04/04/2018 | Kemaskini: 04/04/2018 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG