![]() |
||||
|
HAIKOU, HAINAN, CHINA, 17 Julai 2026 – Seramai lima pakar dari Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah dijemput oleh Chinese Academy of Tropical Agricultural Sciences, Rubber Research Institute (CATAS-RRI) untuk menghadiri IRRDB Workshop on Good Agricultural Practices 2026 yang berlangsung di Haikou, Hainan, China pada 15 hingga 16 Julai 2026. Program anjuran International Rubber Research and Development Board (IRRDB) dengan kerjasama CATAS-RRI ini berlangsung dari 13 hingga 17 Julai 2026 dan menghimpunkan penyelidik, pakar industri serta pengamal sektor getah dari beberapa negara pengeluar utama getah dunia termasuk Malaysia, China, Thailand, Filipina dan India. Bengkel ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan, berkongsi pengetahuan serta membincangkan amalan terbaik dalam pengurusan tanaman getah yang mampan dan berdaya saing. Delegasi IKP, UPM memainkan peranan aktif melalui beberapa pembentangan yang mengetengahkan hasil penyelidikan serta inovasi terkini dalam sektor perladangan getah. Antara pembentangan yang disampaikan ialah:
|
||||
![]() |
![]() |
![]() |
||
|
Pembentangan tersebut menekankan penggunaan teknologi digital, bioteknologi dan pendekatan ekonomi kitaran sebagai pemangkin kepada pelaksanaan Good Agricultural Practices (GAP) yang dapat meningkatkan produktiviti, daya tahan tanaman serta kelestarian industri getah. Selain sesi bengkel, delegasi turut menyertai lawatan teknikal ke Hainan Rubber Group, Cawangan Yangjiang. Lawatan ini memberi peluang kepada peserta untuk melihat secara langsung pelaksanaan standard GAP di ladang getah berskala besar di China. Antara pengisian lawatan termasuk perkongsian mengenai standard pengurusan dan penyelenggaraan ladang getah, penggunaan mesin penoreh getah elektrik dan sistem penorehan pintar, teknik penorehan yang cekap serta pelaksanaan amalan tanaman selingan bagi meningkatkan kecekapan penggunaan tanah dan pendapatan pekebun. Pendedahan kepada teknologi dan amalan pengurusan moden yang diamalkan di China diharap dapat membuka ruang kerjasama penyelidikan yang lebih luas antara institusi penyelidikan negara-negara ahli IRRDB, selain menyumbang kepada pembangunan sektor getah yang lebih mampan di rantau Asia. IKP, UPM berharap hasil perbincangan, jaringan kerjasama dan perkongsian ilmu yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh industri getah Malaysia, khususnya dalam meningkatkan produktiviti, kecekapan pengurusan ladang serta penerapan amalan perladangan terbaik berasaskan teknologi dan inovasi. |
||||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
![]() |
![]() |
||
![]() |
||||
Tarikh Input: 17/07/2026 | Kemaskini: 17/07/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG