![]() |
||||
SERDANG, 16 Oktober – Putra Plantation Forum 15 anjuran Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menghimpunkan pakar getah antarabangsa, penyelidik muda dan pemain industri bagi membincangkan hala tuju industri getah mampan serta trend baharu dalam sektor perladangan moden. |
||||
![]() |
![]() |
|||
Forum bertemakan “Advancing Sustainable Rubber Production Through International Research Collaboration” ini menampilkan tokoh utama Dato’ Seri Dr. Abdul Aziz S.A. Kadir, Setiausaha Agung International Rubber Research and Development Board (IRRDB), yang berkongsi pengalaman lebih lima dekad dalam industri getah asli. Beliau menekankan kepentingan kerjasama rentas negara dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta memperkenalkan inovasi produk baharu berasaskan getah seperti ENR (Ekoprena) dan DPNR (Pureprena) yang memperluas aplikasi industri getah. 📌 Antara sorotan forum:
|
||||
![]() |
![]() |
|||
![]() |
![]() |
|||
Pengarah IKP, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo menyatakan bahawa forum ini menjadi jambatan antara akademia dan industri, sejajar dengan komitmen UPM dalam memperkasa agenda perladangan lestari. Manakala Prof. Dr. Wong Mui Yun, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, menekankan matlamat forum untuk memperkukuh nilai ekonomi perladangan melalui perkongsian ilmu dan sinergi industri. Forum dihadiri seramai 120 orang terdiri daripada penyelidik, pelajar dan wakil industri, yang memanfaatkan peluang berinteraksi dengan tokoh berpengalaman serta meneroka potensi baharu dalam teknologi torehan, pemprosesan getah dan integrasi ternakan. |
||||
![]() |
![]() |
|||
![]() |
![]() |
|||
![]() |
![]() |
|||
![]() |
![]() |
|||
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 21/10/2025 | Kemaskini: 21/10/2025 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG