Seminar Penyelidikan IKP Oleh Prof Madya Ir. Ts. Dr.-Ing Mohd Noriznan Mokhtar | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Prof Madya Ir. Ts. Dr.-Ing Mohd Noriznan Mokhtar

Seminar Penyelidikan IKP oleh Prof Madya Ir. Ts. Dr.-Ing Mohd Noriznan Mokhtar

May 26 – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Seminar Penyelidikan IKP Siri 5/2022 bertajuk “Transformation of Agricultural Products into Value-Added Products: Perspective of Process Engineering” yang disampaikan oleh Prof Madya Ir. Ts. Dr.-Ing Mohd Noriznan Mokhtar. Seminar ini memperkenalkan pakej perisian simulasi seperti Superpro dan GProms yang boleh digunakan untuk menilai tingkahlaku dan mekanisma dalam proses transformasi bahan mentah kepada produk.

 

Antara kajian yang menggunakan pendekatan perisian simulasi ini adalah imobilisasi enzim, reka bentuk kilang sawit untuk meningkatkan kadar perahan minyak, rekabentuk kilang penapisan minyak untuk mengurangkan bahan tercemar dalam minyak dan menambahbaik strategi untuk menguruskan biomas kelapa sawit. Proses simulasi dapat memberikan maklumat keseluruhan tentang pemprosesan loji yang akan membolehkan pihak pengurusan untuk menentukan kecekapan proses, analisa kos, kualiti produk dan jumlah sisa yang terhasil daripada sesuatu proses. Justeru, kajian kebolehsanaan untuk menilai potensi produk dan proses yang dibangunkan boleh dibuat melalui model simulasi terkini.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 16/06/2022 | Kemaskini: 14/02/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUOAc~