Seminar Penyelidikan IKP Oleh YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique

Seminar Penyelidikan IKP oleh YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique

21 April – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan IKP Seminar Penyelidikan Siri 3/2022 yang bertajuk “Agricultural Transformation in Malaysia”. Seminar tersebut telah disampaikan oleh Pengarah IKP, Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique. Program seminar secara atas talian ini telah dimoderasikan oleh Puan Farah Zeehan Mohd Nadzri dan telah disertai oleh 185 orang peserta daripada pelbagai university termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Kelantan, University of Nottingham Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain daripada itu, peserta daripada agensi kerajaan seperti Lembaga Sawit Malaysia (MPOB), Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, dan beberapa syarikat swasta dan persendirian turut menyertai seminar ini.

 

Seminar ini mengupas isu terkini berkenaan keselamatan makanan negara selepas pertumbuhan ekonomi negara beralih daripada pertanian kepada pembuatan. Sebagai kesimpulan, isu keselamatan makanan harus diatasi dengan amalan pertanian yang mampan

 

Tarikh Input: 13/05/2022 | Kemaskini: 14/02/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEUBAv~