Webinar Institut Kajian Perladangan: Perkongsian Tip Penulisan Artikel Di Media Massa | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Webinar Institut Kajian Perladangan: Perkongsian Tip Penulisan Artikel di Media Massa

Webinar Institut Kajian Perladangan: Perkongsian Tip Penulisan Artikel di Media Massa

Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan webinar bertajuk Perkongsian Tip Penulisan Artikel di Media Massa dengan menjemput Ts. Dr. Syed Agil Bin Shekh Alsagoff daripada Fakulti Bahasa Modern dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (FBMK, UPM).

Webinar ini diadakan pada 22hb September 2021 melalui aplikasi zoom dan telah disertai oleh 85 peserta yang terdiri daripada staf dari pelbagai Fakulti dan Institut di UPM. Objektif webinar ini adalah untuk memberikan pengetahuan dan pendedahan untuk meningkatkan penulisan artikel kepakaran kepada pihak media massa dan sekaligus dapat meningkatkan keterlihatan UPM. Webinar ini merupakan perintis kerjasama antara IKP dan Ts. Dr. Syed Agil Bin Shekh Alsagoff, FBMK, UPM dan dijangka lebih banyak lagi webinar yang bakal diadakan pada masa akan datang.

 

Tarikh Input: 23/09/2021 | Kemaskini: 23/09/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEYLAL~