Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran FRGS 2022 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran FRGS 2022

Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran FRGS 2022

Institut Kajian Perladangan (IKP) telah berjaya menganjurkan Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran FRGS 2022 pada 14 Januari 2022 secara fizikal di Bilik Mesyuarat, IKP. Bengkel ini dianjurkan sebagai platform kepada penyelidik IKP dalam menyediakan kertas cadangan bagi tujuan permohonan geran penyelidikan FRGS tahun 2022. Bengkel ini telah disertai oleh penyelidik bersekutu dan interim dari Makmal Teknologi Sistem Perladangan dan Mekanisasi (PSTM) dan Makmal Pemprosesan dan Pembangunan Produk (PPD).

 

Penyelidik berpeluang untuk berbincang dan berkongsi pendapat bagi menghasilkan kertas cadangan yang berkualiti. YBhg. Prof. Dr. Wong Mui Yun, Timbalan Pengarah IKP dalam ucapan aluannya, mengingatkan semua penyelidik agar sentiasa meningkatkan prestasi penyelidikan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan IKP. Di akhir bengkel tersebut, beberapa kertas cadangan penyelidikan telah dihasilkan dan sedia untuk penghantaran.

 

 

Tarikh Input: 25/01/2022 | Kemaskini: 25/01/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdHAX~