Lawatan Kerja Ahli Pengurusan Institut Kajian Perladangan Ke Riset Perkebunan Nusantara (RPN) Dan Badan Riset & Inovasi (BRIN), Bogor, Indonesia | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Lawatan Kerja Ahli Pengurusan Institut Kajian Perladangan ke Riset Perkebunan Nusantara (RPN) dan Badan Riset & Inovasi (BRIN), Bogor, Indonesia

Lawatan Kerja Ahli Pengurusan Institut Kajian Perladangan ke Riset Perkebunan Nusantara (RPN) dan Badan Riset & Inovasi (BRIN), Bogor, Indonesia

November, 7- Sejajar dengan keperluan Institut Kajian Perladangan (IKP) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), untuk meningkatkan keterlihatan semua pusat tanggungjawab dan penyelidik di peringkat antarabangsa, satu lawatan kerja oleh ahli pengurusan IKP telah dilaksanakan pada 7 November 2022 ke Riset Perkebunan Nusantara (RPN) dan Badan Riset  dan Inovasi (BRIN), Bogor, Indonesia. Lawatan kerja ini telah di ketuai oleh Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Shaufique Fahmi Ahmad Sidique dan disertai oleh Timbalan Pengarah IKP, YBhg. Prof. Dr. Wong Mui Yun, dan tiga ketua laboratori iaitu Prof. Madya Dr. Nolila Mohd Nawi, Prof. Madya Dr. Nazmi Mat Nawi dan Prof. Madya Dr. Mohd Rafein Zakaria.

 

Lawatan ini merupakan aktiviti jerayawara IKP pada tahun 2022 bagi mempromosikan IKP dan mengembangkan aktiviti rangkaian dan jaringan IKP di peringkat antarabangsa. Lawatan ini juga merupakan platform untuk membincangkan kerjasama dua hala dalam aspek berkaitan komoditi dan industri perladangan yang menyentuh pembangunan sumber manusia dan teknologi penyelidikan dalam bidang huluan, pemprosesan dan juga hiliran. Aspek lain seperti mobiliti pelajar dan staf, penganjuran bersama konferensi di peringkat antarabangsa juga turut dibincangkan.

 

Selain daripada itu, delegasi IKP juga berkesempatan melawat beberapa makmal penyelidikan utama di makmal penyelidikan utama di Badan Riset dan Inovasi Nasional (BRIN) dan berkesempatan untuk bertemu dengan Dr. Ahmad Fathoni,  Ketua Pusat Riset Mikrobiologi Terapan dan Dr. Sarjiya Antonius, penyelidik kanan BRIN. Hasil daripada lawatan ini, adalah diharapkan agar impak kerjasama dua hala dapat dipertingkatkan dalam pembangunan modal insan dan pembangunan teknologi berkaitan dengan perladangan dirantau Asia Tenggara.

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 05/01/2023 | Kemaskini: 15/02/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdPA1~