Putra Plantation Forum Series 8: Latest Advances On The Nutrition Of Palm Oil | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Putra Plantation Forum Series 8: Latest Advances on the Nutrition of Palm Oil

Putra Plantation Forum Series 8: Latest Advances on the Nutrition of Palm Oil

Putra Plantation Forum merupakan satu platform yang disediakan oleh Institut Kajian Perladangan, UPM, untuk menyebarkan ilmu pengetahuan berkaitan tanaman perladangan. Series 8 telah mengetengahkan perkembangan terkini dalam nutrisi minyak sawit. Satu ceramah telah diberikan oleh seorang saintis Malaysia yang terkemuka iaitu Academician Tan Sri Emeritus Professor Datuk Dr Augustine S.H. Ong, di mana beliau merupakan seorang pakar kimia lipid yang diiktiraf di dalam negara dan seluruh dunia. Minyak sawit merupakan minyak sayuran yang paling banyak digunakan di planet kita. Dari segi nutrisi, minyak sawit mengandungi karotena dan vitamin E yang tinggi. Karotena merupakan anti-oxidant yang membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser, jantung dan mata (cataract). Vitamin E pula merupakan anti-oxidant yang dapat melambatkan proses penuaan. Minyak sawit juga bebas daripada kolesterol dan asid lemak yang tidak baik (trans-unsaturated fatty acids). Tan Sri Augustine telah mengetuai inisiatif penyelidikan sejak 1981 untuk membuktikan bahawa minyak sawit Malaysia adalah setanding dengan minyak zaitun yang dianggap minyak masak yang paling baik dari segi kesihatan dan telah berjaya menyakinkan pihak industri minyak makan di Amerika Syarikat, European Union dan negara yang berkaitan untuk menghentikan kempen anti minyak sawit. 

 

Tarikh Input: 23/07/2018 | Kemaskini: 24/07/2018 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdIAr~