Seminar Penyelidikan IKP Oleh Dr. Ezyana Kamal Bahrin | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr. Ezyana Kamal Bahrin

Seminar Penyelidikan IKP oleh Dr. Ezyana Kamal Bahrin

27 Julai  - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan IKP Seminar Penyelidikan Siri 7/2022 yang bertajuk “Mycelium-based Composite: A Way Forward for Renewable Biomaterial” yang telah disampaikan oleh Dr. Ezyana Kamal Bahrin, penyelidik bersekutu dari Laboratori Pemprosesan dan Pembangunan Produk, IKP. Seminar ini telah memberi pendedahan tentang kaedah baharu dalam penghasilan komposit bahan menggunakan miselium daripada kulat.

 

Komposit berasaskan miselium ini merupakan alternatif kepada komposit berasaskan petroleum dimana ia mempunyai ciri biodegradasi dan merupakan sumber yang boleh diperbaharui berbanding dengan polimer daripada petroleum seperti polisterin dan plastik pembungkusan yang kebiasaannya dikenali sebagai bahan tidak mampan. Seminar ini telah dihadiri oleh 30 peserta dari UPM, sektor kerajaan dan swasta. Seminar ini telah menerima banyak maklumbalas positif daripada peserta yang berminat untuk meneroka bahan komposit daripada sumber yang baharu dan mampan.

 

Tarikh Input: 12/08/2022 | Kemaskini: 12/08/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEdGAw~