Kulat Pemusnah Sawit Bakal Tewas? | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» ARTIKEL » Kulat Pemusnah Sawit Bakal Tewas?

Kulat Pemusnah Sawit Bakal Tewas?

Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah dan pasukan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) tampil dengan satu inovasi revolusioner yang berpotensi mengubah landskap industri kelapa sawit negara.

Test Kit Ganoderma UPM dibangunkan bagi mengesan jangkitan Ganoderma boninense pada peringkat paling awal, sebelum tanda-tanda kerosakan dapat dilihat pada pokok. Teknologi ini membolehkan tindakan pencegahan dilakukan lebih cepat, sekali gus mengurangkan kerugian dan meningkatkan produktiviti ladang.

Daripada makmal ke ladang, inovasi ini membuka lembaran baharu dalam usaha melindungi industri sawit negara daripada ancaman penyakit Reput Pangkal Batang (BSR) yang telah lama menghantui pengusaha ladang.

 

Tarikh Input: 02/07/2026 | Kemaskini: 02/07/2026 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (02:41:38am-02:46:38am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]