| INSTITUTE OF PLANTATION STUDIES (IKP)

UPM menawarkan pelbagai program pengajian pascasiswazah sebagai langkah untuk menjadikan Malaysia hab kecemerlangan pengajian tinggi pada peringkat serantau dan antarabangsa. UPM sentiasa berusaha untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek akademik dan etika kerana golongan ini bakal menjadi perantara untuk meningkatkan citra dan nama UPM ke persada dunia. UPM pada waktu ini mempunyai peratusan staf akademik dengan kelulusan PhD yang tertinggi berbanding Universiti awam lain di Malaysia. Kami juga menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif kepada pelajar dari lebih 60 buah negara agar mereka dapat merasai sendiri pengalaman yang berharga ini. Bagi yang berminat untuk melanjutkan pengajian ke program pengajian pascasiswazah perlu melalui Sekolah Pengajian Siswazah (SGS).

Universiti Putra Malaysia (UPM) gives priority to the students’ essentials and their well-being especially among current students who are studying in UPM. Hence, UPM ensures that it provides an array of technology equipment and facilities in order to guarantee that the students’ welfare is well taken care of.

In line with that, various programs and non-academic related activities are carried out so as to provide a conducive environment where students can appreciate quality leisure times and subsequently creating balance between academic achievement, soft skills and sustainable living.

 

ACADEMIC CALENDAR

 


GRADUATE ATTRIBUTE


GRADUATE STUDIES RULES


STUDENTS AFFAIRS, VISA & PASS

Komitmen yang tinggi dalam persekitaran yang dinamis adalah kunci utama kepada kecemerlangan warga UPM dalam melaksanakan misi dan visi universiti. Sehingga Februari 2013, UPM mempunyai 6,555 warga kerja yang berdedikasi dan berdaya saing dalam bidang masing-masing. Daripada jumlah itu, seramai 1,750 warga kerja UPM terdiri daripada Staf Akademik termasuk Tenaga Adjung, Kursi, Pasca Doktoral, Sarjana Tamu, Pengajar Khas dan Felo Perunding. Manakala 888 warga kerja UPM adalah Staf Bukan Akademik iaitu Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta 3,498 warga kerja adalah terdiri daripada Kumpulan Sokongan.

Melangkah keluar dari menara gading sebagai graduan cemerlang UPM tidak bermakna jalinan perhubungan anda bersama komuniti di sini terhenti begitu sahaja. Bekas graduan UPM dialu-alukan untuk menyertai Persatuan Alumni UPM, yang mana ditubuhkan khas untuk mengukuhkan ikatan silaturrahim serta jaringan bermanfaat daripada variasi bidang kepakaran. Malah, ramai di antara ahli Alumni UPM telah diangkat sebagai duta di atas sumbangan besar mereka di dalam bidang masing-masing, sehingga meninggalkan impak yang besar kepada masyarakat dan negara - sekaligus mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa. Sejak tahun 1971, penyertaan Alumni UPM telah mencapai lebih 145,000 orang – bukan sahaja dari Malaysia, tetapi dari seantero dunia yang meliputi Australia, Iran, Perancis, Myanmar dan Arab Saudi. Berbekalkan hasrat untuk mengeratkan ukhwah sesama bekas komuniti universiti yang disegani, Alumni UPM sehingga kini telah berjaya berkongsi idea-idea hebat serta menyuarakan pandangan kritis demi pembangunan universiti yang dinamik dalam merealisasikan segala visi dan misinya. Bagi yang berminat untuk mengetahui maklumat terperinci mengenai Persatuan Alumni UPM, boleh layari Laman Web Rasmi Pusat Alumni dan Persatuan Alumni pada bila-bila masa.

SXEZUA3~