Zulkefly Sulaiman, Fariz Adzmi and Mohd Yusoff Abd. Samad
Institut Kajian Perladangan, UPM
PENGENALAN
Pada masa ini, sektor pekebun kecil memainkan peranan utama dalam pertumbuhan dan pembangunan industri getah di Malaysia. Pada tahun 2016, sektor ini menyumbangkan 92.7% daripada pengeluaran negara (673,520 mt) dengan 92.1% daripada kawasan penanaman getah di Malaysia(1.078 juta hektar). Walau bagaimanapun mereka dihempit dengan masalah produktiviti hasil getah dan pendapatan yang rendah disebabkan saiz ladang yang tidak ekonomik, penanaman klon yang berhasil rendah, penerimaan dan pengamalan teknologi getah yang rendah, kekurangan modal dan harga getah yang rendah dan tidak stabil. (Mohamed Senawi et al., 2001). Hasil yang rendah dari pekebun kecil getah dengan purata 1400 kg / ha / tahun (2016) serta harga getah semasa yang rendah (purata RM 2.20 / kg getah skrap, 2016), menyebabkan penanam getah mencari pendekatan alternatif untuk meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan mereka. Pelbagai pendekatan telah diperkenalkan di Malaysia untuk memperbaiki taraf hidup pekebuk kecil getah. Salah satu kaedah adalah melalui integrasi tanaman berasaskan getah bertujuan untuk memaksimumkan pengunaan tanah dan meningkatkan produktiviti ladang disamping penambahan pendapatan sampingan pekebun kecil dengan kaedah yang lebih mampan.
Sistem integrasi di Malaysia melibatkan tiga eko-sistem integrasi:
i) di bawah tanaman getah konvensional < 3 tahun (Ekosistem 1 ),
ii) di bawah tanaman getah konvensional > 3 tahun (Ekosistem 2) dan
Di bawah Ekosistem 1 penyelidikan yang telah dijalankan mendapati densiti cahaya adalah di antara 45-85% (PAR) untuk 3 tahun pertama selepas penanaman bagi membolehkan tanaman jangka pendek seperti nenas, pisang, cili, jagung dll, diintegrasikan dibawah ekosistem tanaman getah konvensional. Selepas pokok getah > 3 tahun (Ekosistem 2) densiti cahaya berkurangan di antara 15-20% (PAR) hanya tanaman tahan naungan sahaja boleh diintegrasika seperti tongkat ali, misai kucing, hempedu bumi dan salak (tidak dibincangkan dalam artikal ini). Pendekatan tanaman pepagar (Ekosistem 3) yang telah diperkenalkan membolehkan pekebun kecil menambah pendapatan di sepanjang usia tanaman getah (> 15 tahun atau sehingga pokok getah ditanam semula) melalui integrasi tanaman jangka pendek (nenas, halia, pisang, cili dll.) dan tanaman jangka panjang (lada hitam, kelapa dll.) (tidak dibincangkan didalam artikel ini).
Keperluan Integrasi Tanaman Berasaskan Getah
Pada asasnya integrasi tanaman berasaskan getah mempunyai objektif-objiktif berikut:
Integrasi Tanaman Getah dengan Tanaman Jangka Pendek (Eco-sistem 1)
Dibawah sistem tanaman getah secara tunggal/konvensional jarak tanaman getah adalah 6m x 3.7m (450 pokok/ha) (kawasan rata) atau 9 m x 2.5 m (444 pokok/ha)(kawasan berteres) dimana tanaman getah memenuhi satu per lima ruang (20%) daripada kawasan penanaman dan selebihnya, empat per lima (80%) daripada kawasan penanaman boleh digunakan untuk diintegrasikan dengan tanaman selingan yang lain bagi meningkatkan produktiviti tanah getah. Transmisi cahaya di bawah tanaman getah konvensional adalah 85% (0-2 tahun), 45% (2-3 tahun) dan > 4 tahun (17-21%) (Abdul Ghani et al., 2003, Abd Ghani, 1991). Ini membolehkan penanaman tanaman jangka pendek dibawah tanaman getah seperti nenas, pisang, jagong, tebu, cili, tembikai dll (Abdul Ghani dan Zulkefly, 2003)(Gambar 1 dan 2). Pekebun kecil mendapat pulangan yang lumayan dengan integrasi tanaman getah dan nenas seluas 5.2 ha., di Jelebu Negeri sembilan dengan pendapatan daripada tanaman nenas berjumlah RM 47,000 selama 2 tahun aktiviti penanaman (Ghouse 2000). Seorang pekebun kecil di TSB Kg. Kuala Dal, Perak, memperoleh pendapatan sebanyak RM 3735 /musim melalui integrasi tanaman getah dengan nanas dan pisang (Jadual 1). Ketika waktu sukar dan harga getah yang rendah, pekebun kecil getah harus memberi tumpuan kepada tanaman yang bernilai tinggi yang boleh diintegrasikan dengan tanaman getah seperti penanaman nenas hibrid (MD2). Dengan menanam nenas hybrid MD2 di bawah dirian getah (ekosistem 1) dengan 50% kawasan yang tersedia yang boleh diintegrasikan, pekebun kecil getah dijangka mendapat pendapatan tambahan sekitar RM 26,059/musim/ha.(Jadual 2). Walau bagaimanapun, aktiviti ini hanya dapat bertahan selama tiga tahun pertama sahaja sebelum kanopi getah bertaut dan mengurangkan penembusan cahaya di kawasan selingan.
Jadual 1. Pendapatan sampingan daripada aktiviti tanaman campuran di bawah sistem tanaman getah konvensional (1-3 tahun)).
Lokasi |
Tanaman Integrasi |
Jangkamasa |
Purata Pendapatan |
Sumber |
(i) TSB kg. K. Dal, Perak (1 ha) |
Nenas dan Pisang |
3 tahun |
RM 3735/musim |
Zainol (2000) |
(ii) Jelebu NS (5.2 ha.) |
Nenas |
2 tahun |
RM 47000/ 2 tahun |
Mohd Ghouse (2000) |
Jadual 2.Jangkaan Pendapatan Daripada Potensi Integrasi Tanaman Getah dan Nenas (MD2) dibawah Tanaman Getah Konvensional.
Sistem Tanaman |
Nenas (Tanaman Tunggal) |
Nenas Dibawah Dirian tanaman Getah |
Kepadatan tanaman/ha |
43572/ha |
21786/ha |
(0.9m x 0.6m x 0.3m) |
|
(50% of the area) |
Bil. Buah (90 % berbuah) |
39214 biji/ha |
19607/ha |
Purata berat buah (1.5 kg/buah) |
58,822 kg/ha |
29,411kg/ha |
Pendapatan Kasar (RM/ha./musim) |
117,644 |
58,411 |
(Rm 2.00/kg – harga ladang) |
|
|
Kos Pengeluaran (Rm/ha./season) |
64,704 |
32,352 32,352 |
Untung bersih (Rm/ha./musim) |
52939 |
26,059 |
|
Gambar 1. Integrasi Tanaman Getah/Nenas |
|
Gambar 2. Integrasi Tanaman Getah dan Pisang. |
Kesimpulan
Integrasi tanaman Berasaskan Getah atau Agroperhutani menawarkan beberapa faedah kepada pekebun kecil getah di Malaysia melalui integrasi tanaman getah dengan tanaman tahunan / tanaman jangka pendek untuk tiga tahun pertama selepas penanaman. Aktiviti ini dapat membantu pekebun kecil getah meningkatkan produktiviti ladang dan pendapatan serta memperbaiki taraf hidup mereka.
Tarikh Input: 25/09/2018 | Kemaskini: 05/10/2018 | ainzubaidah
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG