SERDANG, 14 Mei – Jawatankuasa Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Institut Kajian Perladangan (IKP) telah melaksanakan Audit Kendiri EKSA dan Program Pengiktirafan EKSA IKP secara serentak pada 14 Mei yang lalu. Juruaudit dan penilai bagi kedua-dua program ini adalah Pn. Nor Hasni Zahari dan Fakulti Kejuruteraan yang juga merupakan Fasilitator EKSA IKP.
Audit Kendiri dilaksanakan sebagai persediaan awal bagi menghadapi penilaian sebenar iaitu Penilaian Peringkat Pertama Pelaksanaan EKSA PTJ pada 30 Mei 2025 nanti. Audit ini penting bagi mengenalpasti kelemahan awal, melaksanakan penambahbaikan serta meningkatkan kesiapsiagaan staf dalam menghadapi sesi penilaian sebenar. Sepanjang audit berlangsung, Pn. Nor Hasni telah berkongsi pelbagai komen dan tips berguna bagi membantu IKP memaksimumkan markah penilaian dalam penilaian rasmi nanti.
Turut sama berlangsung adalah Program Pengiktirafan EKSA IKP yang diadakan bagi menghargai usaha dan komitmen staf dalam dalam menerapkan elemen EKSA di peringkat PTJ. Sebanyak tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Makmal Terbaik, Kubikel Terbaik dan Ruang Kerja Terbaik. Selain itu, satu Anugerah Khas diberikan kepada staf yang menunjukkan peningkatan terbaik dalam pelaksanaan EKSA, sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif, sistematik, dan berteraskan nilai-nilai EKSA.
Melalui audit kendiri dan program pengiktirafan ini, IKP terus memperkukuhkan budaya kerja berkualiti, seiring dengan usaha mengekalkan persekitaran kerja yang produktif dan efisien. Dengan semangat EKSA yang diterapkan, diharapkan semua staf akan terus berusaha ke arah peningkatan kualiti, produktiviti, dan imej kecemerlangan IKP secara keseluruhan. Terima kasih kepada PN. Nor Hasni Zahari dan tahniah diucapkan kepada pemenang Anugerah EKSA!
Tarikh Input: 27/05/2025 | Kemaskini: 27/05/2025 | faiz_mokhtar
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG