Bengkel Pemerkasaan Organisasi Dan Program Eco-Hiking Greenmetric | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Bengkel Pemerkasaan Organisasi dan Program Eco-Hiking Greenmetric

Bengkel Pemerkasaan Organisasi dan Program Eco-Hiking Greenmetric

Ogos, 6- Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan Bengkel Pemerkasaan Organisasi pada 5 Ogos 2022. Objektif bengkel ini adalah untuk meneliti pelan strategik IKP bagi mencapai indeks prestasi utama (KPI) bagi tahun 2022. Setiap laboratori telah diberikan slot untuk membincangkan tentang perancangan bagi mencapai KPI untuk tahun 2022. Pada akhir sesi, setiap laboratori membentangkan pelan dan strategi untuk mencapai KPI masing-masing di hadapan Pengarah dan semua staf IKP. SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman) analisis untuk setiap laboratori termasuk unit pentadbiran turut dibentangkan.

 

Bengkel kemudiannya diikuti dengan Program Eco-Hiking Greenmetric yang diadakan pada 6 Ogos 2022 di Sultan Idris Shah Forestry Education Centre (SISFEC), Puchong. Program ini menggabungkan aktiviti riadah, servis komuniti (mengutip sampah sepanjang trak yang dilalui di SISFEC) dan ceramah berkenaan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar yang telah disampaikan oleh En. Mohd Farhan Shahrin (Ketua Seksyen Sumber Alam, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar). Program ini dijalankan bagi menyokong komitmen UPM terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Syabas diucapkan kepada seluruh warga IKP yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan program ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh Input: 17/08/2022 | Kemaskini: 17/08/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaDAn~