Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran KPT Bagi Tahun 2022 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran KPT bagi Tahun 2022

Bengkel Penulisan Kertas Cadangan Geran KPT bagi Tahun 2022

29 Oktober - Institut Kajian Perladangan (IKP) telah mengadakan bengkel penulisan kertas cadangan penyelidikan untuk geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi tahun 2022. Profesor Dr. Luqman Chuah Abdullah daripada Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan, Univeriti Putra Malaysia telah dijemput untuk menyampai ceramah yang bertajuk “Penulisan kertas cadangan penyelidikan yang berjaya”. Profesor Luqman merupakan salah seorang penilai kertas cadangan penyelidikan diperingkat KPT. Bengkel ini telah diadakan di bilik mesyuarat IKP dan telah dihadiri oleh lapan orang penyelidik. Turut hadir ialah Profesor Dr. Wong Mui Yun, timbalan pengarah IKP yang menjalankan tugas pengarah. Daripada bengkel ini, beberapa kertas cadangan geran penyelidikan telah dikenalpasti dan akan ditambah baik sebelum dihantar kepada KPT apabila panggilan terhadap geran penyelidikan dibuka pada tahun hadapan.

 

     

Tarikh Input: 02/11/2021 | Kemaskini: 03/11/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEaXAs~