Bicara Industri @IKP : Perkembangan Terkini Sektor Perladangan | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP) ikp
» BERITA » Bicara Industri @IKP : Perkembangan Terkini Sektor Perladangan

Bicara Industri @IKP : Perkembangan Terkini Sektor Perladangan

 

SERDANG, 16 Januari- Kelab Siswazah Institut Kajian Perladangan (IKPPGSC) dengan kerjasama Institut Kajian Perladangan dan Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Bicara Industri bertajuk “Perkembangan Terkini dalam Sektor Perladangan” yang telah disampaikan oleh Dato’ Carl Bek-Nielsen, Naib Pengerusi dan Ketua Pengarah Eksekutif, United Plantations Berhad di Dewan Pertanian, Fakulti Pertanian, UPM. Beliau juga telah dilantik sebagai Pengerusi, Perbadanan Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan merupakan ahli bagi Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA). Program ini telah dihadiri oleh YDM Dato’ Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail (Ahli Lembaga Pengarah UPM), Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo (Pengarah Institut Kajian Perladangan), Prof. Dr. Wong Mui Yun (Timbalan Pengarah IKP), Prof. Madya Dr. Juwaidah Sharifuddin (Timbalan Dekan Akademik, Hal Ehwal Pelajar & Alumni Fakulti Pertanian), dan Cik Siti Saripa Rabiah Mat Lazim (wakil IKPPGSC) bersama-sama 70 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, agensi swasta dan universiti termasuk penyelidik, pemain industri dan pelajar yang turut mendapat manfaat daripada program ini.
                            

Dalam program ini, Dato’ Carl Bek-Nielson membincangkan tentang transformasi signifikan di dalam sektor perladangan di Malaysia yang berkait rapat bagi menangani isu kelestarian dan biodiversiti dalam penanaman sawit. Beliau menekankan tiga inisiatif utama iaitu peningkatan hasil perladangan melalui konsep “produce more with less”, penggunaan automasi/ teknologi didalam sektor perladangan dan kepelbagaian strategi ke arah pendekatan yang lebih lestari dan penjagaan/pemuliharaan biodiversiti dalam industri sawit. Usaha ini mencerminkan dorongan bersepadu untuk memodenkan sektor perladangan, memastikan daya tahan dan kemampanannya dalam menghadapi cabaran ekonomi dan alam sekitar.

                            
Kelapa sawit sebagai tanaman dengan penghasilan minyak tertinggi di dunia (7-10 kali lebih banyak minyak sayuran/unit kawasan berbanding kepada tanaman minyak sayuran lain) berpotensi untuk menerajui pasaran global sekiranya elemen kelestarian dan biodiversiti diterapkan dalam sistem operasi ladang kelapa sawit. Pelajar UPM harus mengambil peluang dalam menjalani kehidupan siswazah/pasca siswazah di UPM sebagai peluang yang tidak patut dilepaskan, selain memupuk sikap positif dan menetapkan matlamat aspirasi untuk menjadi individu yang berkebolehan memimpin serta menyumbang kepada perubahan yang siginifikan dalam sektor pertanian di Malaysia.
                            

 

Sila layari facebook@Institut Kajian Perladangan untuk menonton video penuh (https://www.facebook.com/IKP.UPM/videos/1281037489831191) bagi program ini. Terima kasih!

 

 

 

 

 

 

                       

 

 

 

Tarikh Input: 20/01/2025 | Kemaskini: 20/01/2025 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
X, (11:36:00pm-11:41:00pm, 20 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]