Bioagrotech & Biopharmaceutical Employability & Entreprenuership Special Training (Best 2.0) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Bioagrotech & Biopharmaceutical Employability & Entreprenuership Special Training (Best 2.0)

Bioagrotech & Biopharmaceutical Employability & Entreprenuership Special Training (Best 2.0)

 

29 Mac - NQC Technology Sdn. Bhd dengan kerjasama Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan program Bioagrotech & Biopharmaceutical Employability & Entreprenuership Special Training (Best 2.0) pada 27-29 Mac 2023 bertempat di IKP dan Fakulti Pertanian. Program ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada Malaysian Bioeconomy Corporation. Tujuan program ini ialah untuk menyokong dan membangunkan graduan muda dan berbakat khususnya dalam bidang bioteknologi, agroteknologi dan biofarmaseutikal yang berminat untuk mengembangkan minat mereka menjadi bio-agropreneur muda. Program perintis ini menawarkan pengetahuan teori yang digabungkan dengan pengalaman kerja industri di peringkat eksekutif dengan kemahiran dan pengetahuan penting untuk jawatan dalam syarikat bioteknologi, produk berasaskan bio, biofarmaseutikal, pertanian atau perusahaan agromakanan.

 

Seramai enam peserta dari pelbagai syarikat berasaskan pertanian telah mengikuti program ini. Program ini telah menawarkan tiga modul termasuk i) Asas kultur & pembiakan tisu tumbuhan; ii) Ketepatan & pertanian pintar melalui sistem rangkaian tanpa wayar dengan IoT; dan iii) Teknologi lepas tuai & pemeliharaan hasil. Perincian untuk setiap modul telah disampaikan oleh pensyarah UPM yang berpengalaman dalam bidang berkaitan. Program ini merupakan satu platform kepada IKP untuk terlibat dengan industri dan komuniti yang berkaitan dengan sektor perladangan.

 

Tarikh Input: 17/04/2023 | Kemaskini: 17/04/2023 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEXPAa~