Course On Soil Identification And Classification Series 1/2024 | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Course on Soil Identification and Classification Series 1/2024

Course on Soil Identification and Classification Series 1/2024

  

SUNGAI TEKAM, 8 Ogos – Institut Kajian Perladangan (IKP), UPM dengan kerjasama FGV Holdings Berhad dengan jayanya telah menganjurkan program “Course on Soil Identification and Classification Series 1/2024” pada 6-8 Ogos 2024 di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak (PPPTR), Sungai Tekam. Program ini diadakan khusus untuk 30 orang staf di bawah anak syarikat FGV Holdings Berhad iaitu FGV Agri Services Sdn. Bhd. dan FGV R&D Sdn. Bhd.

Majlis pembukaan program telah dihadiri oleh Pengarah IKP iaitu Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, Ketua Laboratori Agronomi dan Perlindungan Tanaman Lestari, Prof. Madya Dr. Ganesan Vadamalai. Turut hadir bagi majlis pembukaan program ini adalah Tuan Haji Romzi Ishak, Ketua, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, FGV Holdings Berhad.

  

Pengarah IKP, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo dalam majlis pembukaan berkata, program ini merupakan program tahunan IKP di mana setiap kali penganjuran, sambutan dan penyertaan daripada pihak industri dan agensi kerajaan adalah sangat memberangsangkan.

Sementara itu, menurut Ketua, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, FGV Holdings Berhad, Tuan Haji Romzi Ishak berkata pengetahuan pegawai dan penyelidik perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa dan impak pengurusan tanah yang sesuai dapat memberi manfaat kepada pengurusan ladang yang lebih efisien dan memberi pulangan lumayan.

         

Salah seorang peserta, En. Ahmad Ramadzan (Ketua, Agri Solution & Pengesyoran Baja) berkata program ini berjaya mencapai objektif di mana semua peserta telah berinteraksi dan melibatkan diri secara aktif dalam sesi teori, praktikal dan pembentangan. Siri praktikal telah diadakan di enam (6) lokasi pedon tanah dengan siri yang berbeza iaitu siri  Gajah Mati, Munchung, Gong Cenak, Segamat, Tok Yong dan Penambang. Beliau juga berkata program yang diadakan ini mudah difahami dan para peserta dapat mengikuti proses klasifikasi dan pencirian tanah dengan berkesan.

 

  

Program yang diadakan ini juga merupakan salah satu rangkaian program kerjasama antara IKP UPM dengan FGV Holdings Berhad. Tenaga pengajar yang terlibat dalam program ini ialah Dr. Wan Mohamed Noordin Wan Daud, Dr. Khairul Hafiz Mohd Yusuff dan Dr. Mohd Shafar Jefri Mokhatar yang menjadi rujukan bagi agensi kerajaan dan swasta.

 

Tarikh Input: 28/08/2024 | Kemaskini: 28/08/2024 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 XXXX
W, (02:03:19am-02:08:19am, 03 Mar 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]