Course On Soil Identification And Classification (Siri 1&2) | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Course on Soil Identification and Classification (Siri 1&2)

Course on Soil Identification and Classification (Siri 1&2)

13-14 and 26-27 Sept. – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Kursus Pengenalpastian dan Klasifikasi Tanah.  Oleh kerana sambutan penyertaan yang luar biasa ramai, kursus ini diadakan telah sebanyak dua siri iaitu pada 13-14 September dan 26-27 September 2022. Tenaga pengajar adalah terdiri daripada Dr. Wan Noordin Wan Daud, dengan dibantu oleh Dr. Mohd Shafar Jefri Mokhatar (Jabatan Sains Tanaman, Fakulti Pertanian, UPM) dan Dr. Khairul Hafiz Mohd Yusoff (Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM). Kursus ini telah disertai oleh pelajar siswazah dan pensyarah UPM serta staf daripada pelbagai agensi luar (FELDA, MARDI, SALCRA, Sime Darby, Felda Plantation Management, Maybank, Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Brunei Darussalam)

 

Kursus ini memfokuskan kepada pengetahuan mengenai prinsip deskripsi, pengenalpastian dan klasifikasi tanah. Kursus ini membolehkan peserta untuk memahami asas sains tanah, proses pembentukan tanah dan kesannya terhadap kesesuaian tanaman, dan juga untuk memahami perbezaan sifat, ciri dan klasifikasi jenis tanah yang berlainan. Kursus ini juga menyediakan platform untuk peserta membiasakan diri dengan klasifikasi dan deskripsi profil tanah melalui sesi aktiviti amali di tiga kawasan pedon tanah yang berbeza. IKP mengucapkan terima kasih terhadap sokongan yang telah diberikan dan akan menganjurkan program pemindahan ilmu yang lain di masa yang akan datang yang dapat dimanfaatkan oleh industri pertanian.

 

Video bergambar kursus tanah

 

 
 

Tarikh Input: 21/11/2022 | Kemaskini: 22/11/2022 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEbBA2~