Hari Terbuka (Maya) Pengajian Pascasiswazah IKP | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » Hari Terbuka (Maya) Pengajian Pascasiswazah IKP

Hari Terbuka (Maya) Pengajian Pascasiswazah IKP

Institut Kajian Perladangan (IKP), Universiti Putra Malaysia telah mengadakan Hari Terbuka Pengajian Pascasiswazah secara maya pada 12 Jun 2021 bertujuan memberi pendedahan peluang pengajian yang terdapat di institut kepada pelajar-pelajar yang berpotensi di peringkat pengajian Master dan PhD. Kami telah menjemput Prof. Dr. Firdaus Mukhtar, Timbalan Dekan (Unit Pengambilan dan Perhubungan Institusi) untuk berkongsi tentang proses pengambilan pelajar siswazah di UPM, manakala Prof Madya Dr. Siti Salwa Abd Ghani (Unit Akademik dan Bantuan Kewangan) telah berkongsi mengenai biasiswa dan bantuan kewangan yang boleh diperolehi dari UPM dan sumber lain.

 

IKP merupakan institusi yang menggabungkan penyelidik dari pelbagai bidang kepakaran di UPM bermatlamat membantu industri perladangan di Malaysia yang melibatkan aktiviti penyelidikan di peringkat huluan dan hiliran bagi tanaman perladangan seperti kelapa sawit, getah, koko, lada hitam, nanas dan pisang. Penglibatan UPM dalam pembangunan industri perladangan di peringkat nasional disasarkan merangkumi bidang penyelidikan, program akademik dan khidmat perundingan di bidang berkaitan.  Program Hari Terbuka ini telah dihadiri oleh 34 pelajar terdiri daripada pelajar tahun akhir program bacelor dan pelajar siswazah dari dalam dan luar negara. Penghargaan berbentuk tunai bernilai RM50 telah diberikan kepada 12 peserta dalam cabutan bertuah manakala terdapat beberapa pelajar yang berminat untuk mendaftar sebagai pelajar siswazah telah menerima insentif baucer pengecualian yuran pendaftaran yang ditawarkan oleh Sekolah Pengajian Siswazah di akhir sesi program.

 

Tarikh Input: 25/06/2021 | Kemaskini: 25/06/2021 | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEZKAe~