![]() |
|
|
Serdang, 10 April 2026 – Institut Kajian Perladangan (IKP) telah menganjurkan Hari Warga IKP bertempat di Bilik Mesyuarat IKP. Acara ini menghimpunkan seluruh warga IKP termasuk staf, penyelidik dari UDRP-Plantation Crops dan UDRP-Smart Farming, serta pelajar siswazah. Matlamat utama penganjuran adalah untuk memberi penerangan mengenai hala tuju IKP serta membentangkan pencapaian sepanjang tahun 2025. Pembentangan disampaikan oleh Pengarah IKP, Prof. Ts. Dr. Siti Khairunniza Bejo, yang menekankan kepentingan sokongan berterusan daripada para penyelidik terhadap pembangunan penyelidikan di IKP. Beliau menegaskan bahawa usaha ini akan membantu Universiti Putra Malaysia (UPM) meningkatkan kualiti penyelidikan di peringkat nasional dan antarabangsa.
|
|
![]() |
![]() |
|
Dalam ucapannya, Prof. Dr. Siti Khairunniza turut menyeru semua staf agar sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tugas, di samping mengucapkan tahniah atas kecemerlangan dan pencapaian yang telah dicapai sepanjang tahun 2025. Beliau menekankan bahawa kejayaan IKP adalah hasil daripada komitmen bersama seluruh warga institut. Hari Warga IKP bukan sahaja menjadi wadah untuk perkongsian maklumat dan pencapaian, tetapi juga berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform pertemuan santai yang mengeratkan hubungan antara staf, penyelidik dan pelajar. Acara ini sekali lagi membuktikan bahawa semangat kebersamaan adalah kunci kepada kecemerlangan IKP. |
|
|
|
|
|
|
Tarikh Input: 17/04/2026 | Kemaskini: 17/04/2026 | ainzubaidah

PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG