IKP Meraikan Pelawat Dari University Of Reading Dan University Of Nottingham, UK | INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
» BERITA » IKP Meraikan Pelawat dari University of Reading dan University of Nottingham, UK

IKP Meraikan Pelawat dari University of Reading dan University of Nottingham, UK

IKP telah meraikan kedatangan dua ahli akademik, Professor Jeremy Roberts dari University of Nottingham dan Assoc. Professor Carol Wagstaff dari University of Reading, United Kingdom pada 24 Oktober, 2016. Bersempena dengan lawatan itu, satu mesyuarat telah diadakan untuk membincangkan tiga bidang usahasama antara universiti tersebut dan IKP. IKP bersetuju untuk menjadi penganjur bersama bagi Persidangan Antarabangsa Pembaikan Tanaman (ICCI 2017) yang diketuai oleh University of Reading. Persidangan itu akan diadakan pada November 2017, bertempat di University of Reading, Kampus Malaysia, Johor Bahru. Mesyuarat itu juga tertumpu kepada usaha menyiapkan sebuah buku terbitan penerbit antarabangsa, Springer. Penyunting buku tersebut adalah Prof. Datin Dr. Siti Nor Akmar Abdullah dan Prof. Dr. Ho Chai Ling dari IKP juga Assoc. Prof. Carol Wagstaff sebagai penyunting ketiga dari University of Reading, UK. Dalam mesyuarat yang sama, satu deraf cadangan penyelidikan telah dibentangkan oleh Dr. Noor Azmi Shaharuddin dari IKP bagi tujuan permohonan geran Newton. Komen membina yang diberikan semasa mesyuarat tersebut bakal digunakan untuk penambahbaikan kertas cadangan penyelidikan sebelum dimajukan kepada penaja.  

Tarikh Input: | Kemaskini: | ainzubaidah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT KAJIAN PERLADANGAN (IKP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 1044
+603-9769 4166
SXEYWAU~